NADI Tuisyen Rakyat-Open Tuition Sejarah Tingkatan 1
30 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 29 Julai 2026, bermula pukul 2.30 petang, 2 orang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI Tuisyen Rakyat Open Tuition Sejarah Tingkatan 1.
Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik-topik Sejarah Tingkatan 1 mengikut silibus KSSM. Ia juga membantu pelajar menguasai fakta, konsep dan kronologi sejarah bagi meningkatkan prestasi akademik. Peserta dapat memupuk minat terhadap matapelajaran sejarah melalui pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.
Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan: